SelamaT
Datang ke Laman Web
MOHD
HASHIM
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera dari
saya kepada semua peluncur Internet dan Selamat Datang ke Laman Web saya
ini. Tahniah kerana anda berada di sini..anda sebenarnya telah berjaya
ke Gedung Maklumat yang tiada penghujungnya...Syabas kerana anda telah
menyahut seruan IT Kerajaan Malaysia
untuk mencapai Wawasan 2020.... dan
berharap anda akan selesa di Laman Web saya.. buatlah macam rumah
sendiri... Ini adalah Laman Web yang pertama saya
bina... tanpa berbekalkan pengetahuan dalam HTML dan masih
telalu banyak kekurangan. Namun saya menyediakan link ke destinasi yang
boleh anda jajahi.... dan inilah sedikit mengenai diri dan latar
belakang kerjaya saya. Sejak kebelakangan ini, kebiasaannya, kenalan di
alam Cyberspace adalah lebih real dan berpanjangan........ harap-harap
begitulah diantara kita.
Latar Belakang Saya
Saya telah dilahirkan di sebuah pekan kecil
di Kota Bharu, Perak. Pekan ini terletak
lebih kurang 20 km dari Bandaraya
Ipoh, Perak. Bertugas di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
di Selangor, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan sekarang di Negeri Perak
Darul Ridzuan. Saya adalah pelajar juga...maksud saya pelajar separuh masa....luar
kampus lah tu...di Institut
Teknologi Mara, Cawangan Perak di Manjung. Maklumat seterusnya akan
saya susuli bila dah lengkap belajar HTML kelak...
Kegemaran Saya
Kalau masa sekolah dulu melanconglah....satu
Malaysia Barat dah habis ronda masa Form Five dulu...tapi bila dah kerja
banyak tumpuan kepada kerja...aktibiti luar macam bolasepak boleh giat
sikit-sikit sahaja...tapi jogging tu biasalah...ikut masa lapang..tapi
komputer tak boleh tinggal..hari-hari mesti nak explore.........
Rekod Peribadi Saya
Saya adalah anak ke 8 dari 10 orang adik
beradik. Lahir dalam keluarga yang miskin...emak dan bapa bekerja kampong.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kota Bharu, Perak. Melanjutkan
pelajaran di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh...sebuah sekolah
berasrama penuh. Mula bekerja di Selangor, Wilatah Persekutuan Kuala Lumpur
dan sekarang di Perak.
Link Kegemaran Saya
Satu lagi cara yang berkesan untuk menimba
pengetahuan, terutama untuk mereka yang yang selalu terlekat pada Internet-
ialah dengan melawat Laman-laman Web mereka ini:
Gedung Ilmu Komputer: ZDnet
Intech Cyber
Jaya Tucows
Berita ON Line: BH
UM CNN
Harakah The
Star Kompas NST
Bangkok Post
Mesin Cari: CARI
Yahoo AltaVista
MetCrawler Hotboot
Lycos Northen
Light
Malaysia: TM
Net Jaring MOL
Cuaca
Tukaran Wang
Yellow Pages
Send me e-mail to: [email protected]
This page was created with Netscape Navigator Gold
This page last updated on June
3, 1998. Copyright © 1996 Netscape Communications
Corporation. Mozilla is a trademark of Netscape Communications Corporation.